Wednesday, March 30, 2011

Rawatan Sihir

Sihir

Mafhum Al-Quran surah Al-Falaq:Ayat 1 hingga 5

" Katakanlah: Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh,dari kejahatan makhlukNya dan dari kejahatan malam apabila telah gelap-gelita dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia berdengki"

Al-Azhari berkata:Sihir adalah perbuatan yang di dalamnya mendekatkan diri kepada syaitan dan mengharapkan pertolongan darinya.Hukum perbuatan sihir adalah Haram dan Dosa Besar.

Ibnu Faris berkata : Sihir adalah menampakkan sesuatu yang batil (salah) dalam gambarannya haq (benar).Syam meriwayatkan dari Ibnu Abi Syaibah dan berkata : " orang Arab menamakan sesuatu itu dengan sihir kerana ia memindahkan sesuatu yang sihat kepada yang sakit"

Ibnu Qudamah Al-Maqdisi berkata; Sihir adalah ikatan,penawar dan perkataan atau tulisan mantera yang ia berkata dengannya atau melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan bekasnya ditubuh orang yang terkena sihir atau hatinya,aqalnya dengan cara tidak langsung.Ia merupakan satu hakikat yang nyata kerana diantara mangsanya itu ada yang mati,sakit,gila,suami tidak mahu mencampuri isterinya begitu juga sebaliknya,bercerai,tunduk,timbul kebencian dan kemarahan atau mengujudkan perasaan cinta dalam paksa.

Dari Shafiyyah binti Huyai R.Anha bahawa Nabi S.A.W telah bersabda:"Sesungguhnya syaitan menyelusup ditubuh anak Adam di dalam pembuluh darahnya" ( Riwayat Bukhari)

Kesimpulannya wujudnya sihir adalah suatu perkara yang benar.Islam juga telah mengajarkan kaedah rawatannya mengikut Al-Quran dan Sunnah Rasullullah S.A.Wasallam.

Ruqyah Syar'iyyah

Kaedah rawatan menggunakan bacaan ayat-ayat Al-Quran,Asma'-asma' Allah yang Agung dan Doa-doa Rasulullah S.A.W.Pesakit akan duduk mengadap kiblat atau berbaring dan Perawat akan memegang ubun-ubunya ketika membuat bacaan Ruqyah.Jika pesakit adalah wanita hendaklah ditemani oleh mahramnya.

Bacaan Ruqyah yang selalu dibacakan kepada pesakit yang telah dikeluarkan oleh Imam Ahmad,Hakim dan Tirmidzi juga disebut sebagai 'manzil'.

Ubai bin Kaab R.Anhu meriwayatkan : " Sewaktu kami bersama Rasulullah S.A.Wasallam ,datang seorang Badwi kepada Baginda seraya berkata: " Ya Rasulullah saya ada seorang saudara yang ditimpa penyakit" Baginda bertanya "Penyakit apa" Jawabnya " sejenis gila" Rasulullah meminta orang itu membawa saudaranya kepada Rasulullah S.A.W. lalu Baginda membacakan kepadanya :

1.Surah Fatihah

2.Surah Al-Baqarah ayat 1 hingga 4

3.Ayat Kursi - bermula waila hukum ilahu wahid

4.Surah Al-Baqarah ayat 256 dan 257

5.Surah Al-Baqarah ayat 284,285 dan 286

6.Surah Al-Imran ayat 18

7.Surah Al-Mukminun ayat 118

8.Surah As-Shaffat ayat 1 hingga 10

9.Surah Al-Hasyr ayat 22 hingga 24

10.Surah Jin ayat 1 hingga 3

11.Surah Al-Ikhlas

12.Surah Al-Falaq

13.Surah An-Nas

Kemudian orang itu pun bagun dan beredar dari situ dalam keadaan sihat.Penyakitnya telah hilang "

Tanda-tanda adanya gangguan Jin/sihir/guna-guna

1. Sering sakit kepala terutama selepas waktu asar hingga malam

2. Badan terasa berat dan cepat letih walapun tidak melakukan kerja

3. Badan terasa berbisa-bisa atau gatal-gatal

4.Badan terasa sejuk panas tetapi tidak demam

5. Sakit dada selepas waktu asar ke atas

6.Susah tidur di waktu malam atau terlalu kuat tidur terutama di siang hari

7.Tiada selera makan berterusan atau terlalu kuat makan

8. Sering mimpi buruk atau mimpi yang serupa

a.mimpi ular- tanda sihir

b.mimpi diberi anak - saka

9.Susah melakukan ibadah.

10.Meracau-racau,melihat kelibat makhluk halus

11.Melihat dengan nyata alam jin

12. Susah/sempit rezeki walaupun peluang banyak

13.Susah/berat jodoh

14.Cenderung melakukan maksiat dan susah untuk bertaubat

15.Baran,ego dan pemarah,senang bertengkar walau perkara remeh-temeh

16.Datang haid tidak teratur dan panjang

17. Bayi sering menangis menjelang magrib hingga tengah malam dan matanya mendongak ke atas

18.Badan terasa seram sejuk dan ketakutan

19.Gagal melakukan hubungan kelamin

20. Gangguan mental

Syaitan atau jin boleh meresap kedalam darah dan tubuh menusia kerana salah satu dari unsur jamani/jasad manusia

adalah dari unsur yang sama iaitu unsur api.


Sunday, July 11, 2010

RawatanBekam

 


 

Perkhidmatan yang terdapat di Perubatan Tradisional Nabawiyyah adalah:- 
1.Bekam 
 2.Akupunktur
 3.Urut Badan/Urat Saraf /Refleksi
 4.Gurah Resdung 
 5.Ubat-ubatan Herba dari Arab dan Nusantara Melayu 
 a.Minyak Habbatus sauda 
 b.Madu Habbatus sauda
 c.Cuka Kurma 
 d.Madu lebah tualang asli
 e.Kopi Raja Herba ( Estrak akar kayu terpilih) 
 6.Rawatan menggunakan Ayat Al-Quran dan Doa Rasullullah (Spiritual Islam)
 a.Rawatan sihir/guna-guna/jin 
 b.Masalah Rumahtangga/Anak-anak 
 c.Pendinding Diri/Jodoh/Rumah/Kedai/Profesyen d.Rawatan Kancer atau Barah(Peringkat awal) 7.Motivasi dan Kuliah Agama a.Remaja , Dewasa,Rumah-tangga dan sebagainya b.Kuliah Tauhid & Tasauf,Fekah , Al-Quran ,Tafsir dan Hadis


Bekam merupakan rawatan Sunnah Rasullullah S.A.W sejak 1400 tahun yang dahulu. Sangat Efektif untuk mencegah dan merawat berbagai jenis penyakit. Di antara penyakit yang dapat dirawat dengan bekam adalah:- 
1.Migrain/Sakit Kepala 
2.Darah Tinggi/Hypertension 
3.Gout
 4.Sakit sendi 
5.Sakit Badan dan pinggang
 6.Lenguh dan kebas-kebas 
7.Alergik dan penyakit kulit 8.Saraf 
9.Vertigo 
10.Stroke 
11.Resdung dan jerawat dll 


 Sila Hubungi: Ustaz Nizam 010-276 4699 Ummu Ihsan: 017- 605 9974 (Muslimah)

 Pusat Rawatan: 48/1,Jalan Seroja 5,Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor